Tuesday, 30 June 2015

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Metrik Engineering & Construction merupakan salah sebuah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan berdaftar dibawah Suruhanjaya Tenaga Malaysia.  Syarikat ini diasaskan oleh pemilik Metrik Engineering & Construction ini sendiri iaitu Encik Sajuri Bin Saijo.  Kami mula beroperasi sejak tahun 2002 dengan melakukan kerja-kerja pemasangan lampu dan peralatan elektrik dibawah syarikat Trust Lighting.
                                                  
          Pada tarikh 15 April 2004, syarikat Metrik Engineering & Construction telah didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan.  Didaftarkan sebagai jenis perniagaan milikan tunggal, syarikat kami menjalankan aktiviti perniagaan seperti membekal bahan-bahan kejuruteraan elektrik, kejuruteraan logam, pendawaian elektrik dan binaan.

          Selain itu syarikat kami juga turut melakukan kerja-kerja membaik pulih lampu jalan, kerja-kerja pendawaian di kawasan perumahan, kerja-kerja pendawaian dan pemasangan peralatan penjimat tenaga, dan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan inverter.  Dalam pada itu juga, syarikat kami turut melakukan kerja-kerja pengubahsuaian, servis dan pengujian papan suis utama dan papan sub suis.