Metrik Engineering & Construction
merupakan salah sebuah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan
berdaftar dibawah Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Syarikat ini diasaskan oleh pemilik Metrik Engineering &
Construction ini sendiri iaitu Encik Sajuri Bin Saijo. Kami mula beroperasi sejak tahun 2002
dengan melakukan kerja-kerja pemasangan lampu dan peralatan elektrik dibawah
syarikat Trust Lighting.
Pada
tarikh 15 April 2004, syarikat Metrik Engineering & Construction telah
didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Didaftarkan sebagai jenis perniagaan milikan
tunggal, syarikat kami menjalankan aktiviti perniagaan seperti membekal
bahan-bahan kejuruteraan elektrik, kejuruteraan logam, pendawaian elektrik dan
binaan.
Selain
itu syarikat kami juga turut melakukan kerja-kerja membaik pulih lampu jalan,
kerja-kerja pendawaian di kawasan perumahan, kerja-kerja pendawaian dan
pemasangan peralatan penjimat tenaga, dan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan
inverter. Dalam pada itu juga, syarikat kami turut melakukan kerja-kerja pengubahsuaian, servis dan pengujian papan suis utama dan papan
sub suis.
No comments:
Post a Comment